SPONSOR LINK

PAS menang di Bukit Gantang!

Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.


Keputusan tidak rasmi jam 9.20 malam, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Majoriti - 2,789 (majoriti dalam pilihan raya 2008 - 1,566).

8.51 malam:Keputusan tidak rasmi Nizar menang dengan undi 20,021, BN (17,076), Bebas (56). Majoriti - 2,945.

8.25 malam:Nizar masih mendahului dan majoriti telah meningkat lebih 3,000.

8.15 malam:Keputusan tidak rasmi sehingga 8.15 malam, PAS (16,316), BN (14,061), Bebas (40). Majoriti 2,255. Sehingga kini 64 peratus undi telah dikira.

7.35 malam: Keputusan tidak rasmi, Nizar masih mendahului:PAS (11,375), BN (8,998), Bebas (29). Majoriti 2,377.PAS menang!

7.20 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.20 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (9,423), BN (6,997), Bebas (25). Majoriti 2,426.

7.15 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.15 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (8,932), BN (6,584), Bebas (24). Majoriti 2,348.

7.05 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (7,294), BN (4,670), Bebas (17). Majoriti 2,624.

6.55 petang: Keputusan tidak rasmi sehingga jam 6.55 petang seperti yang dilaporkan oleh petugas di pusat pengiraan undi adalah; PAS (5,568), BN (3,792) dan Bebas (10). Majoriti 1,776.

6.45 petang: Keputusan tidak rasmi berdasarkan laporan wakil Harakah dan petugas pilihan raya di Bukit melaporkan; PAS (4,929), BN (3,161) dan Bebas (9).Majoriti (1,768).

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mendahului dalam kiraan undi.

Buktikan kerjasama,bersatu tolak BN!

SUNGAI PETANI, 7 April (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru pengundi pelbagai kaum bersatu membuat perubahan dan membuktikan kerjasama serta persefahaman dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil ini.

Nasihat beliau, jangan ada syak wasangka dan tidak percaya antara satu sama lain kerana sikap itu akhirnya membolehkan BN tetap kekal memerintah.

Ujar Tuan Guru, PAS telah menang di Bukit Gantang pada pilihan raya lalu bukan sahaja dengan undi orang Melayu tetapi juga hasil sokongan orang India dan Cina.

"Hari ini orang India dan Cina menunjukkan sokongan yang lebih hebat di Bukit Gantang. Jangan pula kita orang Melayu di Bukit Selambau tidak ada semangat nak sokong calon kita ini (S Manikumar).

"Di Bukit Gantang kita nak menang, Bukit Selambau kita biar macam itu sahaja, itu tidak adil. Kita orang Melayu di sini undi calon India kita dan orang India dan Cina di sana undi calon PAS Bukit Gantang.

"Buktikan kerjasama kita, buktikan persefahaman kita, buktikan kita bersatu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya," tegas beliau yang disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin pada ceramahnya di Taman Ria Jaya, di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi menjelaskan mengenai persefahaman yang diadakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW dengan penganut-penganut agama Yahudi, Kristian dan kabilah-kabilah Arab dalam mengukuhkan pemerintahan negara.

Beliau turut membawakan kisah Rasulullah menggunakan khidmat seorang bukan Islam sebagai penunjuk jalan dalam Hijrah Baginda ke Madinah.

Tegas beliau, di atas ajaran itulah PAS mengadakan kerjasama dengan penganut-penganut agama lain dalam membentuk kerajaan.

Oleh itu, beliau menyeru para pengundi di Bukit Selambau memberikan undi kepada S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kerajaan di Kedah.

Menjawab tuduhan Umno bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah khianat kepada orang Melayu kerana memberi geran tanah Kampung Baru Cina sebelum ini, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebenarnya bersikap adil kepada semua kaum.

Ujarnya, Islam mengajar untuk bersikap adil walaupun kepada musuh apatah lagi kepada rakyat sendiri, oleh itu menjadi tanggung jawab kerajaan untuk berlaku adil kepada semua kaum.

Tegas beliau, Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. Beliau memberikan contoh mengenai tulisan Jawi yang telah hilang dari orang Melayu sedangkan orang Cina dan India masih memiliki tulisan mereka masing-masing.

Turut berceramah pada malam itu ialah Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said. Hadir sama beberapa tokoh pejuang bahasa antaranya Prof Dr Abdullah Hassan, Ainon Mohd dan lain-lain termasuk calon Pakatan Rakyat Dun Bukit Selambau, S Manikumar. - mks. _


sumber:harakahdaily

Situasi terkini di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) - Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik.

1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. - mks._

sumber:harakahdaily

MAHATHIR DATANG BUKIT GANTANG - ALA TAK HERAN

Bukit Gantang hari ini menerima tetamu seorang hipokrit darjah tertinggi - the return of mahazalim - yang tiba-tiba melakukan serangannya kepada calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Malah sebelum ini beliau menyatakan, kesilapan-kesilapan, strateji buruk dan kecuaian yang berlaku pada 5 Feb lalu di dalam rampasan kuasa tersebut, yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengakibatkan krisis politik berlaku di Perak.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegasnya di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.


"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dengan pusingan 360 darjah, pagi ini beliau mengikut rentak korus pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang lain menuduh Nizar sebagai penderhaka dengan beliau lupa bahawa beliaulah sebenarnya bapa kepada penderhaka raja-raja kerana peranan besar beliau dalam menghakis kuasa serta martabat raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.

Ini termasuk membuat pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Yang DiPertuan Agong pada 1983, menubuhkan Mahkamah Khas untuk mendakwa raja-raja termasuk YDP Agong dan menghina institusi raja melalui media kawalan Umno dan BN.

Naib Presiden PKR, Azmin Hj Ali berkata,

"Saya ingin meminta kepada rakyat Bukit Gantang supaya bertanyakan hal-hal ini kepada Dr Mahathir

"Saya mahu tengok adakah dia berani menjawab pertanyaan daripada rakyat Bukit Gantang dan rakyat akhirnya akan tahu bahawa dia lah Bapa Penderhaka Raja-Raja Melayu sebenarnya bukannya Pakatan Rakyat yang difitnah selama ini," tegas Azmin lagi.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendedahkan sikap hipokrit Umno bahawa parti itulah yang memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya parti itulah yang membinasakan agama.

Ini dibuktikan oleh pembelian 20 peratus kepentingan dalam syarikat arak Filipina, San Miguel oleh anak Dr Mahathir, Mirzan.

Antara isu lain yang disentuh Azmin termasuklah isu pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dan penjelasan mengenai pemberian tanah kepada rakyat miskin Melayu, Cina dan Orang Asli semasa tempoh sepuluh bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Azmin juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan pengundi P059 Bukit Gantang supaya keluar awal untuk mengundi kerana cuaca hujan pada sebelah petang.

"Saya juga memberi amaran keras kepada hantu-hantu yang berniat untuk datang ke Bukit Gantang membuang undi. Kita sudah bersedia untuk menangkap hantu-hantu ini kerana saya ada sedikit pengalaman menangkap mereka semasa di Lunas dulu," tegas beliau.

PASTIKAN KEMENANGAN BESAR PR ESOK!


PAKATAN Rakyat mampu menang 3-0 pada pilihan raya esok, setelah meraih kejayaan 2-0 pada pilihan raya sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, sejak pilihan raya umum ke 12 tahun lalu. "Kita mahu Pakatan Rakyat menang 5-0. Jangan bagi peluang kepada BN bernafas setelah sempuk dan nazak," tegas Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya. Beliau yakin, wabak rasuah yang kian membarah menggodam Umno pada pemilihan parti itu Mac lalu bukan sahaja melumpuhkan parti Melayu itu tetapi mengukuhkan kepercayaan rakyat tentang betapa rapuhnya Umno dan BN di negara ini. Rata-rata ahli dan pemimpin Umno peringkat akar umbi bersetuju dan menyifatkan kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya Umno memansuhkan sayap-sayap parti itu, hakikatnya merupakan cadangan sinis supaya Umno dihapuskan terus.


Sindiran itu, dakwa Ismail dapat difahami maksud sebenar kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen itu dan menolak parti itu habis-habisan kerana wabak rasuah yang dibawanya. "Rakyat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu telah memulakannya. Ia bukan sahaja tamparan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai PM seperti yang dinyatakan oleh Prof Dr Johan Saravanamuttu dalam temubual dengan Bloomberg, malah ia isyarat dari orang-orang Melayu sendiri supaya Umno ditolak habis-habisan. "Orang Melayu tidak mahu dijangkiti wabak rasuah Umno" katanya. Dakwa Ismail lagi, penyakit Umno, bukan hanya merebak di sayapnya, tetapi sebenarnya jantung parti itulah yang paling teruk dilanda wabak rasuah. "Kalau kita baca kenyataan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) nyatalah penyakit Umno itu sebenarnya berada pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti itu. MT umpama jantung Umno," katanya. "Bila sayap dimusnahkan, tak boleh terbang lagi untuk cari makan. Akhirnya akan mati. Sebab itulah cadangan itu sebenarnya merupakan cadangan supaya Umno dihapuskan terus, tetapi Tengku Ahmad Rithauddeen tak sampai hati nak minta Umno dihapuskan terus," dakwa seorang perwakilan Umno ketika ditemui di lobi PWTC ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Malah, katanya yang berasal dari Kelantan, kenyataan Ahmad Rithauddeen itu juga mengisyaratkan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diharapkan dari Umno kerana sayap-sayap generasi muda parti itu juga dilanda wabak rasuah.

sumber-sanggahtoksagor

CERAMAH PERDANA MALAM INI - PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG


PENCERAMAH:

1. MURSYIDUL AM PAS,Y.A.B TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

2. KETUA UMUM PKR, DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

TEMPAT:

PADANG AWAM TAMAN INDAH PENGKALAN AUR(SEBELAH TAMAN KAYA)

JAM : 9.00 malam - 12.00 malam

BN BUTA JAWI

tgk lah kebengapan BN dalam tulisan jawi..tu la puak2 ni dulu la yg mansuhkan jawi,sekarang nk gune balik plak..lagi teruk salah plak ejaan nya..lawak2..budak sekolah agama darjah satu pon taw mcm mane nk eja perkataan "amalan"..bukan "huruf alif" la.."huruf ain"..

HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Derhaka Dahulu, Kini dan Selamanya


Media cuba memutar belitkan perkataan derhaka yang diucapkan oleh YAB Ir Datuk Seri Haji Nizar Menteri Besar Perak ketika mengadap sembah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada 5hb Feb 2009.


Apabila YAB Ir Datuk Seri Haji Nizar tidak bersetuju supaya beliau

meletak jawatan, sebaliknya mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan maka inilah istilah yang kena diseb

ut iaitu “sembah patik sembah derhaka”. Ini bahasa istana. Bukan bahasa percakapan dengan Saad jual putu mayong. Kenapa media dan pemimpin Umno di negara ini pekak badak sangat sampai tidak reti bahasa yang perlu digunakan dalam istiadat dengan istana. Mereka ini tidak lulus Bahasa Malaysia ka? Sampai tidak faham penggunaan bahasa rasmi di istana.

Sebenarnya Umno dan beberapa pemimpin Umno penderhaka kepada sultan di negara ini. Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah bagaimana pemimpin Umnolah penderhaka dan menjatuhkan martabat raja-raja Melayu bukan pemimpin Pakatan Rakyat.

1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian

asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli

kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5. Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?

8. Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (kepala besar time tu adalah mahathir)




9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di A.Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?.

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

13. Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.

14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpahDato’ Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.

15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Sebab itu kita lihat dalam Media Pro Umno sudah tidak lagi membangkit isu derhaka, kerana mereka silap. Rakyat sekarang bukan zaman purba hidup di dalam gua, tetapi rakyat sudah ada maklumat melalui langit terbuka. Maklumat rakyat boleh korek melalui hujung jari sahaja.




TAHANAN ISA AKAN DI BEBASKAN - TAKTIK BN PANCING UNDI ORANG INDIA

"Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri malam tadi mengumumkan mengenai pembebasan serta merta 13 tahanan ISA.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan malam tadi dilaporkan berkata, dua peguam Hindraf V. Ganabatirau, 40, dan R. Kenghadharan, 40, adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan itu
."


inilah taktik murahan tuk pancing undi org india..tapi apakan daya..taktik depa ni dah expired..org india pon makin cerdik..
pooraahh najib!!lu ingt masyarakat sekarang bole tertipu ke dngan taktik tu..konon2 hang baik sgt la..hampeh..

p/s: tahanan2 tersebut masih lagi belom di bebaskan hari ini seperti yang dijanjikan..ape hal??ini soalan kene tnye dengan KPN Musa Hasan dan Hamid Albabotak..

Keputusan Mahkamah Tamparan Hebat Kepada Najib

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan beliau bagi memulakan prosiding semakan semula kehakiman bahawa beliau masih Menteri Besar yang sah sebagai tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional terutamanya kepada Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Najib Razak.

Mohamad Nizar berkata keputusan yang dibuat semasa Pakatan Rakyat giat berkempen untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan 7 April depan menjadi simbol amat penting kepada permulaan kehancuran Umno dan BN.

"Perbicaraan terbuka yang akan bermula pada 9 April ini dan ini adalah tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional dan seluruh penyokong Pakatan Rakyat haruslah mengambil ini sebagai iktibar dan kejayaan yang besar buat masa ini," kata beliau ketika berucap pada satu ceramah yang diadakan di bilik gerakan Parti Keadilan Rakyat di Changkat Jering, Taiping malam tadi.

Datuk Seri Nizar mengajak pengundi Bukit Gantang meninggalkan Umno dan BN kerana ia mewakili politik lama yang sudah lapok dan unsang yang tidak lagi relevan kepada keperluan politik negara masa kini.

Ini kerana politik baru yang ingin diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat berlandaskan kepada ketelusan, amanah, keadilan dan kesaksamaan yang merupakan nilai-nilai yang asing bagi Umno dan BN.

"Kita mahu ucapkan selamat tinggal kepada umno dan BN dan yang apa sudah berlalu itu cukuplah. Kita mahu mengurus tadbir negeri Perak ini secara adil dan melahirkan masyarakat madani yang mengerti mendaulatkan undang-undang dan peraturan negara," tegas beliau.

Semalam Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, selepas mempertimbangkan hujahan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi pihak Pejabat Peguam Negara dan peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, beliau mendapati permohonan semakan itu bukanlah remeh, menyusahkan atau penyalahgunaan proses mahkamah.

Datuk Abdul Aziz seterusnya berkata, beliau bersetuju dengan hujahan Sulaiman bahawa fakta yang material tidak dihujahkan pihak Peguam Negara, malah Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) juga tidak pernah dibubarkan bagi melantik Menteri Besar baru.

Datuk Seri Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan Datuk Dr Zambry Abdul kadir yang dinamakan sebagai responden tidak berhak memegang jawatan tersebut.

Beliau menegaskan kepada lebih daripada 400 penyokong Pakatan Rakyat bahawa beliau dan kepimpinan Pakatan Rakyat Perak tidak pernah menderhaka kepada Sultan Perak malah menghormati dan taat kepada baginda sebagai rakyat.

Sebaliknya Datuk Seri Mohamad Nizar membidas Umno dan BN yang cuba menggunakan institusi raja bagi tujuan politik kotor mereka.

"Saya ingin memberitahu hubungan saya sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat dengan Tuanku Sultan cukup baik sehinggakan apabila saya dititahkan untuk meletak jawatan dan dalam suasana yang cukup kritikal itu saya tetap menghormati institusi di raja dengan menggunakan kalimah-kalimah dan istilah di raja yang cukup luhur dan lembut terhadap Tuanku," jelas beliau lagi.

Datuk Seri Mohamad Nizar menambah setelah berjaya merampas kuasa dan mendirikan kerajaan secara haram terbukti kini Umnolah penderhaka dan perosak institusi raja sebenarnya.



sumber : www.tvantara.com

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT







pemimpin cmni la yg kite nak..tlg rakyat..
bgus YB Nizar..truskan usaha..TAKBIR!!

sumber gambar : http://misabah.blogspot.com/

Pertarungan tinggal hanya saya dan Zambry - Nizar

CHANGKAT IBOL,4 April - Ir Nizar mengumumkan bahawa Mahkamah telah membenarkan beliau mencabar kesahihan Zambry menjadi Menteri Besar Perak. Beliau mengumumkan perkara tersebut semasa berjumpa dengan pengundi-pengundi di Kg Baru Jelutong dan Kg Senduk Hulu petang semalam.

"Apa saja yang dibuat oleh pihak peguam Zambry bersama-sama dengan peguam negara, mereka cuba mengasak kami supaya kami seolah-olah menyaman Tuanku, kami diasak ketepi seolah-olah untuk menyaman istana,tetapi bila keputusan di Mahkamah Tinggi hari ini, pertarungan adalah diantara saya dengan Dr Zambry. Tidak ada kena mengena dengan Tuanku, tidak ada kena mengena dengan Sultan dan tidak ada kena mengena dengan istana" jelas Nizar ketika berucap di Kg Senduk Hulu Semalam.


Menurut beliau juga, soal penderhakaan seperti yang ditimbulkan oleh UMNO sudah tidak timbul dan telah diketepikan oleh mahkamah, dan yang tinggal hanya pertarungan antara beliau dan Zambry selepas pengundian pada 7 April 2009 ini.


Nizar telah memohon bagi mendapatkan tafsiran Perkara 16 (6) Undang Undang Tubuh Kerajaan Perak sama ada jawatan menteri besar boleh dikosongkan disebabkan menteri besar telah menasihatkan Sultan supaya membubarkan dewan undangan negeri; tidak berlaku sebarang pembubaran dewan; tiada usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan dewan; dan beliau tidak meletak jawatan.


Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu pemberita bahawa soal Mohammad Nizar derhaka kepada Sultan Azlan Shah tidak timbul kerana Mohammad Nizar tidak pernah mempersoalkan kuasa sultan.


Dalam majlis dialog yang dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk itu, Nizar turut menjelaskan berkenaan isu tanah yang telah diputar belit oleh UMNO bagi menimbulkan rasa benci orang-orang melayu kepada beliau.


Beliau menjelaskan antaranya Pakatan Rakyat telah meluluskan hak tanah kediaman untuk selama-lamanya bagi mereka yang telah menetap bertahun-tahun lamanya tetapi tidak mampu mempunyai tanah sendiri. "Tanah-tanah ini diberikan kepada semua rakyat Perak tanpa mengira kaum dan agama" ujar beliau.


Tawaran memberikan tanah untuk Kg Tersusun, Kg Baru dan Kg orang asli merupakan manifesto PAS sebelum pilihan raya ke-12 lepas. DAP hanya mengikut apa yang telah dicadangkan. Daripada sejumlah tanah yang diberikan tersebut, sebenarnya orang-orang melayu paling banyak menerima anugerah tersebut.


Majlis dialog semalam turut dihadiri oleh Yb Zainuddin exco agama kerajaan Negeri Perak, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan Misbahul Munir.

sumber-http://prk059.pas.org.my/

ZAHID HAMIDI - TAK SALAH,INI ADALAH BUDAYA ORG CINA





inilah kata2 seorang yg memegang portfolio menteri di jabatan perdana menteri dalam bahagian agama..apa lah bangang punya menteri..demi politik,die sanggup menghalalkan yang haram..baik punya cuci mata..tu pasal die kata x ape tgk bnde tu..


p/s: budak sekolah aku dulu..wat malu je sekolah agama..

BN SABOTAJ POSTER-POSTER PAS





tengok la tu..perangai puak2 umno nk sabotaj..konon org ramai akan terkeliru dan akan memangkah lambang BN...ingat orang2 bukit gantang bongok dan bodoh macam UMNO ka??hahaha...



GAMBAR-GAMBAR KAIN RENTANG SEKITAR BUKIT GANTANG







POSTER YAB DATO' SERI HAJI MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN

KENALI CALON PAS
























NAMA : Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
TARIKH LAHIR :17 Mac 1957
TEMPAT LAHIR : Kampung Air Hitam Labu,Kampar,Perak


PENDIDIKAN:

.:. pendidikan awal di Kampar
.:. Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar
.:. Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh
.:. tahun 1972,beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.
.:. lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Birmingham, United Kingdom.

PENGALAMAN KERJAYA:

.:. Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari
.:. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus)
.:. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
.:. Terlibat dalam Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983
.:. projek Pusat Islam (BAHES)
.:. Jabatan Perdana Menteri (1984)
.:. projek Wisma Darul Iman
.:. projek Wisma Darul Iman,Kuala Terengganu (1985)
.:. pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR
.:. Bangunan Persekutuan Gunasama
.:. pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini
.:. Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta


PENGALAMAN PROJEK LUAR NEGARA

.:. Birmingham, United Kingdom
.:. Zug, Switzerland,
.:. Miano, Italy,
.: .Bangkok, Thailand
.:. Sydney dan Gold coast Australia
.:. Doha, Qatar
.:. Tehran, Iran

PENGALAMAN DALAM BIDANG POLITIK

.:. Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001)
.:. Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini)
.:. Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006)
.:. Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak)


MAKLUMAT LAIN-LAIN

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO)


Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.


Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyelesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.


Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).


Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah korban termasuk penyembelihan binatang korban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.


Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.

Beliau seorang yang bertanggungjawab kerana berusaha keras turun naik ke mahkamah demi menegakkan keadilan untuk rakyat Perak mengenai krisis perampasan kuasa pemerintahan di Perak secara tidak sah oleh Barisan Nasional.

Beliau dianugerahkan pangkat Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 dengan gelaran Dato' Seri. Beliau juga merupakan ADUN Pasir Panjang yang dimenanginya pada 8 Mac 2009 dalam pilihan raya umum yang lalu.