SPONSOR LINK

PAS menang di Bukit Gantang!

Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.


Keputusan tidak rasmi jam 9.20 malam, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan undi (21,860), mengalahkan BN (19,071) dan Bebas (62). Majoriti - 2,789 (majoriti dalam pilihan raya 2008 - 1,566).

8.51 malam:Keputusan tidak rasmi Nizar menang dengan undi 20,021, BN (17,076), Bebas (56). Majoriti - 2,945.

8.25 malam:Nizar masih mendahului dan majoriti telah meningkat lebih 3,000.

8.15 malam:Keputusan tidak rasmi sehingga 8.15 malam, PAS (16,316), BN (14,061), Bebas (40). Majoriti 2,255. Sehingga kini 64 peratus undi telah dikira.

7.35 malam: Keputusan tidak rasmi, Nizar masih mendahului:PAS (11,375), BN (8,998), Bebas (29). Majoriti 2,377.PAS menang!

7.20 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.20 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (9,423), BN (6,997), Bebas (25). Majoriti 2,426.

7.15 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini jam 7.15 malam calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (8,932), BN (6,584), Bebas (24). Majoriti 2,348.

7.05 malam: Keputusan tidak rasmi, sehingga kini calon PAS, Dato Seri Nizar masih mendahului:PAS (7,294), BN (4,670), Bebas (17). Majoriti 2,624.

6.55 petang: Keputusan tidak rasmi sehingga jam 6.55 petang seperti yang dilaporkan oleh petugas di pusat pengiraan undi adalah; PAS (5,568), BN (3,792) dan Bebas (10). Majoriti 1,776.

6.45 petang: Keputusan tidak rasmi berdasarkan laporan wakil Harakah dan petugas pilihan raya di Bukit melaporkan; PAS (4,929), BN (3,161) dan Bebas (9).Majoriti (1,768).

6.30 petang: Sehingga jam 6.30 petang tadi, calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin masih mendahului dalam kiraan undi.

Buktikan kerjasama,bersatu tolak BN!

SUNGAI PETANI, 7 April (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru pengundi pelbagai kaum bersatu membuat perubahan dan membuktikan kerjasama serta persefahaman dengan menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil ini.

Nasihat beliau, jangan ada syak wasangka dan tidak percaya antara satu sama lain kerana sikap itu akhirnya membolehkan BN tetap kekal memerintah.

Ujar Tuan Guru, PAS telah menang di Bukit Gantang pada pilihan raya lalu bukan sahaja dengan undi orang Melayu tetapi juga hasil sokongan orang India dan Cina.

"Hari ini orang India dan Cina menunjukkan sokongan yang lebih hebat di Bukit Gantang. Jangan pula kita orang Melayu di Bukit Selambau tidak ada semangat nak sokong calon kita ini (S Manikumar).

"Di Bukit Gantang kita nak menang, Bukit Selambau kita biar macam itu sahaja, itu tidak adil. Kita orang Melayu di sini undi calon India kita dan orang India dan Cina di sana undi calon PAS Bukit Gantang.

"Buktikan kerjasama kita, buktikan persefahaman kita, buktikan kita bersatu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya," tegas beliau yang disambut laungan takbir lebih 5,000 hadirin pada ceramahnya di Taman Ria Jaya, di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi menjelaskan mengenai persefahaman yang diadakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW dengan penganut-penganut agama Yahudi, Kristian dan kabilah-kabilah Arab dalam mengukuhkan pemerintahan negara.

Beliau turut membawakan kisah Rasulullah menggunakan khidmat seorang bukan Islam sebagai penunjuk jalan dalam Hijrah Baginda ke Madinah.

Tegas beliau, di atas ajaran itulah PAS mengadakan kerjasama dengan penganut-penganut agama lain dalam membentuk kerajaan.

Oleh itu, beliau menyeru para pengundi di Bukit Selambau memberikan undi kepada S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan kerajaan di Kedah.

Menjawab tuduhan Umno bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah khianat kepada orang Melayu kerana memberi geran tanah Kampung Baru Cina sebelum ini, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebenarnya bersikap adil kepada semua kaum.

Ujarnya, Islam mengajar untuk bersikap adil walaupun kepada musuh apatah lagi kepada rakyat sendiri, oleh itu menjadi tanggung jawab kerajaan untuk berlaku adil kepada semua kaum.

Tegas beliau, Umnolah sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. Beliau memberikan contoh mengenai tulisan Jawi yang telah hilang dari orang Melayu sedangkan orang Cina dan India masih memiliki tulisan mereka masing-masing.

Turut berceramah pada malam itu ialah Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said. Hadir sama beberapa tokoh pejuang bahasa antaranya Prof Dr Abdullah Hassan, Ainon Mohd dan lain-lain termasuk calon Pakatan Rakyat Dun Bukit Selambau, S Manikumar. - mks. _


sumber:harakahdaily

Situasi terkini di Bukit Gantang

BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) - Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik.

1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. - mks._

sumber:harakahdaily

MAHATHIR DATANG BUKIT GANTANG - ALA TAK HERAN

Bukit Gantang hari ini menerima tetamu seorang hipokrit darjah tertinggi - the return of mahazalim - yang tiba-tiba melakukan serangannya kepada calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Malah sebelum ini beliau menyatakan, kesilapan-kesilapan, strateji buruk dan kecuaian yang berlaku pada 5 Feb lalu di dalam rampasan kuasa tersebut, yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengakibatkan krisis politik berlaku di Perak.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegasnya di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.


"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dengan pusingan 360 darjah, pagi ini beliau mengikut rentak korus pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang lain menuduh Nizar sebagai penderhaka dengan beliau lupa bahawa beliaulah sebenarnya bapa kepada penderhaka raja-raja kerana peranan besar beliau dalam menghakis kuasa serta martabat raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.

Ini termasuk membuat pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Yang DiPertuan Agong pada 1983, menubuhkan Mahkamah Khas untuk mendakwa raja-raja termasuk YDP Agong dan menghina institusi raja melalui media kawalan Umno dan BN.

Naib Presiden PKR, Azmin Hj Ali berkata,

"Saya ingin meminta kepada rakyat Bukit Gantang supaya bertanyakan hal-hal ini kepada Dr Mahathir

"Saya mahu tengok adakah dia berani menjawab pertanyaan daripada rakyat Bukit Gantang dan rakyat akhirnya akan tahu bahawa dia lah Bapa Penderhaka Raja-Raja Melayu sebenarnya bukannya Pakatan Rakyat yang difitnah selama ini," tegas Azmin lagi.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendedahkan sikap hipokrit Umno bahawa parti itulah yang memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya parti itulah yang membinasakan agama.

Ini dibuktikan oleh pembelian 20 peratus kepentingan dalam syarikat arak Filipina, San Miguel oleh anak Dr Mahathir, Mirzan.

Antara isu lain yang disentuh Azmin termasuklah isu pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dan penjelasan mengenai pemberian tanah kepada rakyat miskin Melayu, Cina dan Orang Asli semasa tempoh sepuluh bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Azmin juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan pengundi P059 Bukit Gantang supaya keluar awal untuk mengundi kerana cuaca hujan pada sebelah petang.

"Saya juga memberi amaran keras kepada hantu-hantu yang berniat untuk datang ke Bukit Gantang membuang undi. Kita sudah bersedia untuk menangkap hantu-hantu ini kerana saya ada sedikit pengalaman menangkap mereka semasa di Lunas dulu," tegas beliau.

PASTIKAN KEMENANGAN BESAR PR ESOK!


PAKATAN Rakyat mampu menang 3-0 pada pilihan raya esok, setelah meraih kejayaan 2-0 pada pilihan raya sebelum ini di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, sejak pilihan raya umum ke 12 tahun lalu. "Kita mahu Pakatan Rakyat menang 5-0. Jangan bagi peluang kepada BN bernafas setelah sempuk dan nazak," tegas Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya. Beliau yakin, wabak rasuah yang kian membarah menggodam Umno pada pemilihan parti itu Mac lalu bukan sahaja melumpuhkan parti Melayu itu tetapi mengukuhkan kepercayaan rakyat tentang betapa rapuhnya Umno dan BN di negara ini. Rata-rata ahli dan pemimpin Umno peringkat akar umbi bersetuju dan menyifatkan kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya Umno memansuhkan sayap-sayap parti itu, hakikatnya merupakan cadangan sinis supaya Umno dihapuskan terus.


Sindiran itu, dakwa Ismail dapat difahami maksud sebenar kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen itu dan menolak parti itu habis-habisan kerana wabak rasuah yang dibawanya. "Rakyat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu telah memulakannya. Ia bukan sahaja tamparan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai PM seperti yang dinyatakan oleh Prof Dr Johan Saravanamuttu dalam temubual dengan Bloomberg, malah ia isyarat dari orang-orang Melayu sendiri supaya Umno ditolak habis-habisan. "Orang Melayu tidak mahu dijangkiti wabak rasuah Umno" katanya. Dakwa Ismail lagi, penyakit Umno, bukan hanya merebak di sayapnya, tetapi sebenarnya jantung parti itulah yang paling teruk dilanda wabak rasuah. "Kalau kita baca kenyataan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) nyatalah penyakit Umno itu sebenarnya berada pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) parti itu. MT umpama jantung Umno," katanya. "Bila sayap dimusnahkan, tak boleh terbang lagi untuk cari makan. Akhirnya akan mati. Sebab itulah cadangan itu sebenarnya merupakan cadangan supaya Umno dihapuskan terus, tetapi Tengku Ahmad Rithauddeen tak sampai hati nak minta Umno dihapuskan terus," dakwa seorang perwakilan Umno ketika ditemui di lobi PWTC ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Malah, katanya yang berasal dari Kelantan, kenyataan Ahmad Rithauddeen itu juga mengisyaratkan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diharapkan dari Umno kerana sayap-sayap generasi muda parti itu juga dilanda wabak rasuah.

sumber-sanggahtoksagor

CERAMAH PERDANA MALAM INI - PILIHANRAYA KECIL BUKIT GANTANG


PENCERAMAH:

1. MURSYIDUL AM PAS,Y.A.B TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

2. KETUA UMUM PKR, DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

TEMPAT:

PADANG AWAM TAMAN INDAH PENGKALAN AUR(SEBELAH TAMAN KAYA)

JAM : 9.00 malam - 12.00 malam

BN BUTA JAWI

tgk lah kebengapan BN dalam tulisan jawi..tu la puak2 ni dulu la yg mansuhkan jawi,sekarang nk gune balik plak..lagi teruk salah plak ejaan nya..lawak2..budak sekolah agama darjah satu pon taw mcm mane nk eja perkataan "amalan"..bukan "huruf alif" la.."huruf ain"..